29.11.09

Mat Sabu bakal "dikorbankan" oleh Pas P.Pinang.




Alhamdulillah, Aidiladha kali ni penuh dengan majlis2 korban dan jugak kenduri2 oleh yang berkemampuan. Aku yang balik ke kampung sibuk jugak dengan jemputan2 korban dan kenduri2 berkhatan sempena cuti sekolah yang panjang.

Melayu sekarang makin hebat. Banyak dah yang mampu melaksanakan ibadah korban dan jugak membantu meraikan fakir miskin sempena Aidiladha kali ni. Banyak juga keluarga yang berkongsi duit anak beranak untuk menyertai melaksanakan ibadah korban.

Alhamdulillah, melayu makin hebat dan stabil ekonominya.

Dalam pada tu, ketika aku menghadiri jemputan korban di sebuah masjid sekitar Permatang Pasir, aku berborak kosong dengan kenalan lama yang juga seorang "totok" Pas disitu.

Dah jadi orang kuat Salleh Man member aku sekarang ni rupanya. Selang dua tiga baris ayat dia, mesti akan terkeluar nama Salleh Man dan Nik Aziz. Dahsyatttt...

Dari isu agama hinggalah bab politik kami bersembang, tup2 keluar cerita tentang "korban" yang dibuat dalam  pentadbiran Pas negeri Pulau Pinang.

"Hang tau dak, Mat Sabu akan digugurkan dari kepimpinan Pas P.Pinang". katanya.

Terkejut jugak aku kerana Mat Sabu adalah merupakan "ayam sabung" kepada Pas selama ni. Takkan ada konspirasi jugak kot Pas di Pulau Pinang ni? tanya aku kepada sahabat ni.

Menurut hamba Allah ni, Mat Sabu digugurkan dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas P.Pinang sebab ada pihak yang tak puas hati dengan kenyataan dia sejak kebelakangan ni mengkritik serta menghentam cara perjalanan politik Pas. "Mat Sabu akan diturunkan "pangkat" ke jawatan lebih rendah, Ustad Salleh Man dah confirmkan benda ni", kata member ni lagi. Ishhh...nama Salleh man lagii.

Aku teringat tentang kenyataan Mat Sabu yang menyokong bapak komunis Chin Peng dan jugak kenyataan bahawa dia semakin tak suka pada Pas didalam ceramah dia hari tu. Mungkin ni lah yang dimaksudkan oleh member aku ni.

Ishhh..., belum habis lagi masalah yang melanda Pas di Kelantan, berjangkit pulak demamnya di P.Pinang ni. Kegiatan tak sihat perebutan kuasa dalam Pas nampaknya semakin parah.

Dalam kalut2 macam ni, aku rasa daripada si ulamak politik nyanyuk Kelantan tu dok sibuk nak berdoa kepada Allah binasakan orang, adalah lebih afdal dia berdoa supaya jemaah2 dalam parti dia dibukakan hati dan ditunjukkan jalan yang benar.

Dan bila aku ajukan cadangan macam ni kat member lama aku yang "hijau pekat" ni, tiada ayat yang keluar dari mulut dia kecuali hanya dibalas dengan senyuman sumbing ala2 kambing jamnapari.

Mungkin dia jugak mula terfikir betapa mangkuk hanyunnya pemikiran si ulamak politik nyanyuk di Kelantan nun.


Read more...

About This Blog

Bagi sesiapa yang kurang senang dan tersinggung dengan penulisan serta artikel disini, aku mohon maaf. Jangan simpan dalam hati, tapi fikir2kan lah.

Aku tak cakap aku betul tetapi, tulisan serta segala artikel disini adalah hanya pandangan peribadi serta luahan hati aku sendiri sebagai rakyat Malaysia.

Apa2 saranan ataupun cadangan serta komen, bolehlah email kepada aku di :- rastakurku@gmail.com.

Ayahnda Tun

Ayahnda Tun

KMU.net

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP